Want your
own Fotopage?










 
Sight is a faculty; seeing an art- G. P. Marsh

By: Gee Ja

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-May-2008 23:33 Email | Share | Bookmark
lazy sunday brekkie

 
 
 
Ini breakfast kegemaran saya. Bukan yang no1, pasal saya suka nasi lemak, tapi tak kuasa nak masak nasi lemak pagi-pagi ni. Lagipun beras dah mahal kan, berpada-pada la makan nasi


poached egg & smoked salmon on toasted bread

Smoked salmon tu saya beli di High Country Salmon Farm dalam perjalanan pulang dari lawatan sambil berangan ke Queenstown tempohari. Saya memang hantu dengan salmon, bocor juga poket saya setelah membeli salmon segar dengan sakannya. Apa motif beli yang segar pun saya tak tahu kerana apabila sampai di rumah, terus simpan dalam peti sejuk beku, hilang terus segarnya.


sinfully yummy bite

Kisahnya saya suka sangat makan poached egg dengan salmon ni pasal saya mencuba hidangan makan pagi di sebuah cafe bernama "Penimbang Si Bob" di Queenstown. Cafe tu dihias dengan macam-macam jenis penimbang, tapi mesin timbang orang tak ada pulak dia letak situ. Saya rasa kalau dia letak mesin timbang orang, towkaynya takut kalau orang dah naik penimbang, tak lalu nak makan banyak kat kedai dia.


Gambaran hidangan sedang dimakan, Bob's Weigh Cafe.

Kalau tak salah, nama hidangan ni smoked salmon benedict. Dia letak 'hollandaise sauce' kat atas. Saya dah cari resepi hollandaise, tapi tak pernah cuba buat. Tak kuase (rujuk tajuk di atas, nama pun lazy, kalau saya siap buat hollandaise, tajuk tu saya kena tukar kepada maharajin).

tu kira rajin la tuh..kalo lazy..makan roti celup ayaq milo aje Sun 25-May-2008 02:09
Posted by:umieaisyah  - [Link]
saya pun suka makan salmon tapi saya goreng saja..aduhhh lemak berkrim... tapi di msia ni mahal ohhhhhhhh..........

* saya dah lancarkan e karya kalau sudi singgahlah jenguk dan kalau sudi lagi war warkan la pada rakan2 yang lain....mekasih
Sun 25-May-2008 09:24
Posted by:maylique  - [Link]
Sedap jugak ni eh? Sun 25-May-2008 11:48
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
nyum2, cambest tul

nice pix
Sun 25-May-2008 14:10
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
salam....

lawati kami di http://exquisimages.fotopages.com or www.exquisimages.com utk our latest photo updates.
Sun 25-May-2008 14:30
Posted by:exquisimages
>> this certainly reminded me of smoked salmon... Sun 25-May-2008 16:55
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
ja, i'm back... tapi tak bukak dapur, bukak fridge je, heheh... Mon 26-May-2008 08:11
Posted by:Lee Lin  - [Link]
hahhahaa.... beras naik, minyak naik, gaji naik ciput ajer... sakitlah mcm nih.... Mon 9-Jun-2008 00:18
Posted by:mama Alif & Syaza payeint@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.